click! click!

Thursday, January 21, 2021

KANSER PANKREAS / PANCREATIC CANCER?

Assalammualaikum

Sejujurnya bila Abang beritahu result diagnosis dia, aku memang tak percaya. Aku siap tanya Abang masa tu, betul ke cancer? Allah je tahu perasaan aku masa tu. Aku menangis semahu-mahunya. Nak peluk Abang, tapi Abang takde dengan aku masa tu. Abang dekat Kuala Terengganu.

Sebab apa kat Kuala Terengganu, bukan Johor? Panjang cerita dia. Tapi first, aku nak terangkan serba sedikit apa tu kanser pankreas. Ini mengikut pemahaman aku & bacaan aku ye. kalau korang kurang pasti, boleh refer orang yang lebih pakar.

1. Apa tu kanser pankreas?

Kanser pankreas timbul apabila sel-sel di pankreas, organ glandular di belakang perut, mula melipatgandakan kawalan dan membentuk jisim.

Sel-sel kanser ini mempunyai keupayaan untuk menyerang bahagian-bahagian badan yang lain.[10] Terdapat beberapa jenis kanser pankreas.

 Adenokarsinoma pankreas yang paling biasa, menyumbang kira-kira 85% kes, dan istilah "kanser pankreas" kadang-kadang digunakan untuk merujuk hanya kepada jenis itu.[7]

Adenokarsinoma ini bermula di dalam bahagian pankreas yang membuat enzim pencernaan.[7] Beberapa jenis kanser lain, yang secara kolektif mewakili majoriti bukan adenokarsinoma, juga boleh timbul daripada sel-sel ini.[7]

Satu hingga dua peratus daripada kes-kes kanser pankreas ialah tumor neuroendokrin, yang timbul daripada sel-sel penghasil hormon pankreas.[7] Ini umumnya kurang agresif daripada adenokarsinoma pankreas.[7]

Macam Abang, diagnosed as stage 3. Kebanyakan pesakit kanser pankreas ni biasanya dah terlewat bila tau yang diorang ada kanser jenis ni. Menurut doktor Abang, kanser ni adalah antara kanser yang paling agresif .

2. Tanda-tanda cancer pankreas

-Kulit kuning, sakit perut atau belakang, kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan, najis berwarna gelap, urin gelap, kehilangan selera makan[1]

Abang ada simptom mata kuning, cirit birit, kembung perut, gastric teruk & muntah-muntah.


3. Rawatan

-Kanser pankreas boleh dirawat dengan pembedahan, radioterapikemoterapi, penjagaan paliatif, atau gabungan ini.[1] Pilihan rawatan sebahagiannya berdasarkan peringkat kanser.[1]

Pembedahan adalah satu-satunya rawatan yang dapat menyembuhkan adenocarcinoma pankreas,[11] dan juga boleh dilakukan untuk meningkatkan kualiti hidup tanpa potensi untuk menyembuhkan.[1][11] Pengurusan kesakitan dan ubat-ubatan untuk memperbaiki pencernaan kadang-kadang diperlukan.[11]

Penjagaan paliatif awal adalah disyorkan walaupun bagi mereka yang menerima rawatan yang bertujuan untuk menyembuhkan.[14][15]

Abang menjalani pembedahan & melalui rawatan kimoterapi. Tapi sayangnya, Abang tak sempat pun nak habiskan cycle kimo dia.

4. Punca

Faktor risiko kanser pankreas termasuk menghisap tembakau, obesitidiabetis, dan keadaan genetik yang jarang berlaku.[2] Sekitar 25% kes dikaitkan dengan merokok,[4] dan 5-10% dikaitkan dengan gen yang diwarisi.[2]

Abang memang perokok tegar. Doktor mengandaikan punca adalah dari tabiat merokok dia & bukan dari genetik sebab takde family history yang ada penyakit cancer.


Ini sedikit sebanyak yang aku boleh kongsikan. Sebenarnya aku nak bagi ayat yang lebih simple, tapi aku takut nanti orang tersalah erti. So, aku letak je sumber kat sini tau. Sama-sama kita boleh menambah ilmu. Nanti aku akan story macamana permulaan masa Abang sakit tu.

Thanks pada yang dah baca.

Love, Uyul.

AL-FATIHAH

 Bismillahhirrahmannirahim.

Assalammualaikum.

Dah lama sangat tak menulis kat sini. maklumlah, sekarang ni memang takde sape pun layan blog lagi. Aku pun menulis kat sini just untuk kenangan je. Selalu kat FB dengan Instagram je kan. Kadang-kadang bosan juga tak boleh membebel panjang lebar.

Untuk post pertama, setelah sekian lama berhabuk ni..aku just nak update, chenta hatiku, Che Wan Azam aka Cik Abang telah pergi menghadap Illahi pada 29 Disember 2019 akibat cancer pankreas setelah 6 bulan berjuang.

Pada tarikh aku menulis ni, dah setahun Cik Abang meninggalkan aku dan anak-anak. Setahun juga aku struggle untuk terus kuat demi anak-anak.

Sekiranya ada orang yang membaca post ni,aku berharap agar anda sudi untuk menyedekahkan Al-Fatihah untuk suamiku, Che Wan Azam bin Che Wan Yusoff dan mendoakan kesejahteraan beliau.


Terima kasih. Semoga Allah memberkati kalian. Aamiin.

Friday, August 29, 2014

Instagram ke Tab Punya hal??

Assalammualaikum

Bulan ni memang hectic gila! Aku berpindah rumah utk kali yg ke-5. Macamni lah hidup menyewa.. haha. Tak, tuan umah aku tak halau..ni rasenya last la aku pindah rumah. Aku sekarang duduk dengan papa. Actually mula2 memang macam berat nak duduk papa..tp memandangkan papa sorang je..macam kesian pulak dua tiga kali dia asyik cakap je suh duduk sekali dgn dia. Ok lah, aku surrender.  Cik Abang pun surrender juga. Lagipun, boleh la aku tengok2 kan papa..papa tengok2 kan Arfan. Eh? Hehehe... yela, Arfan ade la kawan nak main time aku sibuk masak. Kalo tak, susah juga..dia asyik nak melekat je dengan mak dia ni haa..

Tadi aku cakap hectic kan.bukan pasal pindah rumah je. Aku wat majlis birthday Arfan 22/8 pastu pindah plak 24/8. Gilo tak gilo aku nak mengemas.. ni sekarang kat uma baru ni tak siap kemas pun lagi. Mane taknye, Arfan memang seriously clingy giler. Ha.. nampak tak penekanqn ayat di situ? Dah ade seriously..ade plak giler duk belakang. Dia demam dari hari majlis birthday dia tu. Tapi Arfan ni kalo demam memang aktif je macam biase. Actually mase tu pun baru baik demam . Awal raya tu dia demam package dgn selsema ngan batuk skali. Ni nasib baik tak batuk.  Kalo selsema bole tahan lagi..kalo batuk, kesian..asyik muntah je. Pasal birthday Arfan tu nanti2 lah cerita. Pindah pun sama.

Ni nak cerita pasal Instagram aku. Dahla bulan ni aku kurang wat sales sebab busy packing utk pindah dan preparation utk majlis birthday Arfan yg kecil kecilan itu. Pastu ni dah settle sume..tiba2 2 ari lepas,  Instagram aku tak boleh nak upload any picture. Sedih oi..stock banyak. Pastu tak leh upload. Member aku cakap, maybe ade org report..sebab tu tak leh upload pic. Tapi bila aku guna hp papa..ok je. So, macamane? Aku pun tak tau ape problem nya. Wether Instagram or tab aku yg wat hal? Kalo Instagram..mestilah aku tak leh upload ape2 even aku tukar device kan... kalo problem ngan tab ni..ape problemnya? Huhuhu... pls help me!