click! click!

Wednesday, July 17, 2013

35TH WEEKS...

ASSALAMMUALAIKUM




Minggu ni, kandungan aku dah masuk ke minggu ke 35. Memang dah banyak perkembangan yang tak dapat nak di update oleh sebab kekangan line internet yang tak mengizinkan...

Alhamdulilah, minggu lepas dah gi check-up.. doc cakap, semuanya ok. Kedudukan baby pun dah berada pada kedudukan yang sepatutnya..iaitu kepala baby dah kat bawah. Berat baby..1.9kg.. Kandungan air ketuban pun ok.. Harap2 semuanya ok sampai saat aku melahirkan. Debor weyh..tak brape lame lagi pun.

Meh aku share sedikit info yang aku amik dari baby center... untuk perkembangan baby dalam kandungan pada usia 35 minggu..



sumber: baby center

1-Berat bayi anda sekarang 5.25 paun / 2.4 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Anda mungkin dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari perut anda apabila dia mengeliat dan bergeliang-geliut. Tidak lama lagi, apabila dinding uterus dan abdomen anda meregang sampai menjadi nipis dan membenarkan lebih banyak cahaya masuk, bayi anda akan mula mengaturkan aktiviti-aktiviti hariannya secara berkitaran.

-Last week check, baby baru 1.9kg.. maybe dah naik kot berat dia..time dia pusing2 dalam perut, memang boleh nampak perot tertonjol-tonjol..tapi, oleh kerana saiz badan dan babat mak dia ni banyak sangat, takdelah nampak siku ke ape..nampak perot jelah yang terbonjol dan tertonjol..kejap2 ke kiri.. kejap2 ke kanan...

Minggu ini si manja kecil sudah menunjukkan kuku-kuku jari dan mempunyai sepasang buah pinggang yang terbentuk sempurna. Heparnya sudah boleh memproses beberapa keluaran buangan.

Cecair amnion semakin mengurang dan bayi lebih memenuhi ruang dalam uterus, yang telahpun berkembang seribu ganda saiz asalnya. Anda mungkin telah menambahkan berat badan anda antara 25 ke 30 paun / 11 ke 13.6 kilogram dan penambahan ini sampai memuncak pada minggu ini. Pusat anda pun sudah menjadi besar dan terbonjol keluar.

-Berat badan aku..memang tak bertambah since aku start mengandung.. kalao ade pun...1-2 kg..tapi dalam masa 2 minggu, berat yang tambah 1-2kg tu akan turun naik. Kadang2, time gi check-up tu..nurse ade bising gak..sebab takut baby aku tak membesar. Tapi Alhamdulillah..bila scan, baby aku membesar elok je.. Yelah, mak dia ni kan ade GDM, Haruslah makan kena diet sikit. Itupun, kadang2 terlepas gak makan benda2 yang tak sepatutnya..macam aiskrim. Abis tu, dah kite teringin..sebat jelah. Cuma, taklah aku tibai kaw2 sangat. Dapat hilangkan rasa teringin tu..jadilah. 

-Pusat...takde plak terbonjol keluar. Aku pun pelik gak.. Bila aku tanya mama, mama kate..tak semua orang pusatnya terbonjol keluar. Tapi bagus gak.. Kalau terbonjol tu, macam buruk plak rupenya bila pakai baju... Opsss...!!


Anda mungkin terasa agak sesak nafas sebab bahagian atas uterus anda telah naik dan mencecah tulang rusuk anda. Cuba ambil posisi merangkak atas tangan dan lutut jika mahu menarik nafas dalam. Walaupun tekanan ke atas pundi kencing anda menyebabkan anda kerap ke bilik air, jangan kurangkan minum air - bayi anda memerlukan banyak cecair. Tapi adalah baik jika anda mengurangkan minuman berjenis diuretik seperti teh dan kopi, sebab ia akan membuat anda kencing dengan lebih kerap.

-Rasa sesak nafas tu memang terasa. Pastu mengah. Buat keja sikit dah mengah. Lebih2 lagi bulan pose ni aku tolong mama meniaga. Aduhh...kadang2 sampai satu tahap tu, rasa mengah macam baru berlari. Time solat pun gitu..dah slow motion dah aku solat..time rukuk..sujud.. memang slow motion..

-Kerap buang air kecik..of course lah. Macam nak stay je dalam toilet tu..


Ok, tu je info yang boleh aku  share kan pasal perkembangan usia kandungan 35 minggu...


Persiapan barang baby, Alhamdulillah..pun dah ready. Al-maklumlah, anak sulung...mesti excited lebih sikit kan. Lagipun bukan ape, aku takut je yang aku terbersalin awal. Nak share list untuk keperluan barang baby..tapi, maybe next2 entry.. Ntah bile, aku pun tak pasti.. tapi, akan ku share juga.. Ntah2 lepas bresalin baru dapat share...kui3.. Takpe, yang penting..aku share juga kan.. kena tunggu jelah..

Doa2kan lah aku dapat bersalin dengan mudah..dan aku harap sangat aku dapat bersalin secara normal...AMINNN...

Till then, bubbye!!


No comments:

Post a Comment