click! click!

Thursday, January 21, 2021

AL-FATIHAH

 Bismillahhirrahmannirahim.

Assalammualaikum.

Dah lama sangat tak menulis kat sini. maklumlah, sekarang ni memang takde sape pun layan blog lagi. Aku pun menulis kat sini just untuk kenangan je. Selalu kat FB dengan Instagram je kan. Kadang-kadang bosan juga tak boleh membebel panjang lebar.

Untuk post pertama, setelah sekian lama berhabuk ni..aku just nak update, chenta hatiku, Che Wan Azam aka Cik Abang telah pergi menghadap Illahi pada 29 Disember 2019 akibat cancer pankreas setelah 6 bulan berjuang.

Pada tarikh aku menulis ni, dah setahun Cik Abang meninggalkan aku dan anak-anak. Setahun juga aku struggle untuk terus kuat demi anak-anak.

Sekiranya ada orang yang membaca post ni,aku berharap agar anda sudi untuk menyedekahkan Al-Fatihah untuk suamiku, Che Wan Azam bin Che Wan Yusoff dan mendoakan kesejahteraan beliau.


Terima kasih. Semoga Allah memberkati kalian. Aamiin.

No comments:

Post a Comment