click! click!

Thursday, January 21, 2021

KANSER PANKREAS / PANCREATIC CANCER?

Assalammualaikum

Sejujurnya bila Abang beritahu result diagnosis dia, aku memang tak percaya. Aku siap tanya Abang masa tu, betul ke cancer? Allah je tahu perasaan aku masa tu. Aku menangis semahu-mahunya. Nak peluk Abang, tapi Abang takde dengan aku masa tu. Abang dekat Kuala Terengganu.

Sebab apa kat Kuala Terengganu, bukan Johor? Panjang cerita dia. Tapi first, aku nak terangkan serba sedikit apa tu kanser pankreas. Ini mengikut pemahaman aku & bacaan aku ye. kalau korang kurang pasti, boleh refer orang yang lebih pakar.

1. Apa tu kanser pankreas?

Kanser pankreas timbul apabila sel-sel di pankreas, organ glandular di belakang perut, mula melipatgandakan kawalan dan membentuk jisim.

Sel-sel kanser ini mempunyai keupayaan untuk menyerang bahagian-bahagian badan yang lain.[10] Terdapat beberapa jenis kanser pankreas.

 Adenokarsinoma pankreas yang paling biasa, menyumbang kira-kira 85% kes, dan istilah "kanser pankreas" kadang-kadang digunakan untuk merujuk hanya kepada jenis itu.[7]

Adenokarsinoma ini bermula di dalam bahagian pankreas yang membuat enzim pencernaan.[7] Beberapa jenis kanser lain, yang secara kolektif mewakili majoriti bukan adenokarsinoma, juga boleh timbul daripada sel-sel ini.[7]

Satu hingga dua peratus daripada kes-kes kanser pankreas ialah tumor neuroendokrin, yang timbul daripada sel-sel penghasil hormon pankreas.[7] Ini umumnya kurang agresif daripada adenokarsinoma pankreas.[7]

Macam Abang, diagnosed as stage 3. Kebanyakan pesakit kanser pankreas ni biasanya dah terlewat bila tau yang diorang ada kanser jenis ni. Menurut doktor Abang, kanser ni adalah antara kanser yang paling agresif .

2. Tanda-tanda cancer pankreas

-Kulit kuning, sakit perut atau belakang, kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan, najis berwarna gelap, urin gelap, kehilangan selera makan[1]

Abang ada simptom mata kuning, cirit birit, kembung perut, gastric teruk & muntah-muntah.


3. Rawatan

-Kanser pankreas boleh dirawat dengan pembedahan, radioterapikemoterapi, penjagaan paliatif, atau gabungan ini.[1] Pilihan rawatan sebahagiannya berdasarkan peringkat kanser.[1]

Pembedahan adalah satu-satunya rawatan yang dapat menyembuhkan adenocarcinoma pankreas,[11] dan juga boleh dilakukan untuk meningkatkan kualiti hidup tanpa potensi untuk menyembuhkan.[1][11] Pengurusan kesakitan dan ubat-ubatan untuk memperbaiki pencernaan kadang-kadang diperlukan.[11]

Penjagaan paliatif awal adalah disyorkan walaupun bagi mereka yang menerima rawatan yang bertujuan untuk menyembuhkan.[14][15]

Abang menjalani pembedahan & melalui rawatan kimoterapi. Tapi sayangnya, Abang tak sempat pun nak habiskan cycle kimo dia.

4. Punca

Faktor risiko kanser pankreas termasuk menghisap tembakau, obesitidiabetis, dan keadaan genetik yang jarang berlaku.[2] Sekitar 25% kes dikaitkan dengan merokok,[4] dan 5-10% dikaitkan dengan gen yang diwarisi.[2]

Abang memang perokok tegar. Doktor mengandaikan punca adalah dari tabiat merokok dia & bukan dari genetik sebab takde family history yang ada penyakit cancer.


Ini sedikit sebanyak yang aku boleh kongsikan. Sebenarnya aku nak bagi ayat yang lebih simple, tapi aku takut nanti orang tersalah erti. So, aku letak je sumber kat sini tau. Sama-sama kita boleh menambah ilmu. Nanti aku akan story macamana permulaan masa Abang sakit tu.

Thanks pada yang dah baca.

Love, Uyul.

No comments:

Post a Comment