click! click!

Thursday, February 07, 2013

TANDA-TANDA AWAL KEHAMILAN..

ASSALAMMUALAIKUM


Harini aku nak share tentang tanda-tanda awal kehamilan..info ni aku amik kat baby center..
credit picture to : google



Bukan semua orang mengalami tanda2 yang sama. Ade orang tak perasan pun pasal tanda2 ni..alih2 je check UPT dah mengandung kan. Tapi aku akde gak mengalami tanda2 ni.. Jom baca apa tanda2 ni..



1. Mengidam
Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda. 


Mengandung ke tak..aku tetap rasa nak makan itu ini.. Pantang nampak  macam sedap je, mesti ajak Cik Abang makan kat tempat tu.. hahaha..so, tanda ni aku takde.

 


2. Warna areola menjadi gelap

Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu. 

Aku tak perasan sangat pasal warna gelap tu..



3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi
Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda. 


Yang ni memang ada. Masa due date period aku, setompok je darah warna cekelat..sehari je plak tu. pastu takde. Rasa  cramp tu memang ada pada bahagian ari2 aku.



4. Kerap membuang air kecil
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.


Ni adalah tanda yang paling ketara..sebab aku adalah orang yang paling kurang pegi toilet untuk buang air kecil. Aku pun pelik gak mula2 sebab dahlah aku ni seorang yang kurang minum air..apasal aku asyik rasa nak buang air kecik je..oh, rupa2nya..ade udang disebalik mee.. erk?? ape kena mngena plak kan? hahaha...



5. Keletihan
Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain. 


Aku memang sangat cepat rasa mengantuk. Tapi bila siang je. mungkin, kalo dilayankan mata ni..aku boleh tidur sampai tengahari kot..Oleh sebab aku dah banyak tidur siang, malam aku berjaga. Dah macam burung hantu dah. Kadang2 aku kena marah dengan Cik Abang sebab selalu tidur siang dan selalu lewat tidur malam.. huhuhu..



6. Payudara melembut dan membengkak
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.


Rasa sakit n sensitif tu memang ada bila disentuh. Kadang2 nak pakai baju dalam pun rasa seksa je. macam sesak je..



7. Deria rasa berubah
Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka. 


Oh, yang ni aku rase ape tau... rase tak tahan makan pedas. Aku adalah pemakan pedas tegar. Tapi masa ni, aku makan pedas sikit pun dah rasa tak tahan..mulut cam pedih je.. dan perut aku tak tahan..bloated semacam je.



8. Mabuk hamil pagi
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam. 


Takde rasenya. Cuma bila aku makan pedas, aku memang rase bloated dan itu yang menyebabkan aku rase nak muntah..dan aku akan muntah tiap2 pagi kalo malam sebelumnya aku makan pedas. kalau tak makan pedas..takde muntah pun..



9. Tidak datang haid
Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur. 


Aku punya period memang sangat tak teratur..jadi, aku mungkin tak perasan tanda yang satu ni..



Dan akhir sekali... 



10. Ujian kehamilan yang positif
Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini.


Aku pegi klinik sebab tak tahan bila bahagian ari-ari aku sakit je. Aku takut gak sebab aku dah beberapa kali jatuh dan kononnya nak pegi urut sangkak perut lepas jatuh tu..tapi tak pegi2 jugak. Bila ari-ari aku sakit, aku takut lah kalo ape2 yg tak baik berlaku kat bahagian peranakan aku kan... So, aku ajak Cik Abang gi klinik...dan bila check UPT, hasilnya....Alhamdulillah..positif. Seminggu lepas tu, aku beli lagi kat farmasi utk check sendiri dan positif gak. Pastu barulah aku wat buku merah kat KK.



Sebenarnya aku bersyukur sangat2 sebab disahkan pregnant. Yelah, dah hampir 2 tahun aku menunggu.. Tapi Alhamdulillah...aku dapat tau yang aku pregnant pada hari anniversary aku yang ke-2. Aku bgtau mama pun masa aku dah confirm preggy n dah buat buku merah kat KK. Aku saje suprisekan mama..aku letak buku merah tu dlm envelope and bgtau mama ade org bg kat aku envelope tu and suh pass pada mama.. mama bukak je tengok pastu terjerit suka.. Maklumlah, kalau baby aku lahir..baby ni akan jadi cucu sulung mama. :)
Aku berdoa agar kandungan aku dipelihara dan aku dapat lahirkan anak ni dengan sempurna kesihatan dan fizikal.. AMINNN....


sumber:
babycenter

25 comments:

  1. seronoknya :) mesti baby da ada skrg. hehe doakan cx ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Dah setahun umur dia.. :)

      Delete
    2. kalo lepas bersama waktu subur tu, ada tak rasa mcm faraj kering sangat??

      Delete
  2. srnknya. sy plak xcited bile bc citer awk ni. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Memang excited. Rase nak tambah lagi plak. Eh. Hehe

      Delete
  3. Sy pun xsbar nk tgk keputusan sabtu ini . 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe dlm pada excited terkenang². Eh, dah ade rupenya dalam perut ni. Haha. Tp xsure lg bape weeks dah. Semoga kita sama² jalani proses ni dgn happy dan dipermudahkan

      Delete
  4. Exsited nye saya.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Ada soalan nak saya tanyakan. Darah yang keluar tu sebnyak darah period ke ? Atau cuma setompok ? Sebab dari maghrib semalam ada darah yang keluar. Saya tak tahu sama ada ini darah period atau hamil. Lagi satu kalau buang air kecil, darah tu akan keluar sekali ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak..dia sikit je darah tu. Mcm secolet je gitu

      Delete
  6. Assalamualaikum...saya nk ty....adakah saya dh patut dh check upt sendiri?Saya dh lewat 2 hari tak period...sepatutnya 17hb yg lps sama tarikh 17hb bulan lepas

    ReplyDelete
  7. waalaikumsalam. biasenya kalo lewat 2,3 hari tu agak normal. tp kalo nk check pun bole je. mane tau ade rezeki :)

    ReplyDelete
  8. waalaikumsalam. biasenya kalo lewat 2,3 hari tu agak normal. tp kalo nk check pun bole je. mane tau ade rezeki :)

    ReplyDelete
  9. Nak tanya kawan sini .. 3 bulan dah delay period,3 minggu lepas ada tompokan mcm spotting gitu 2 hri je .. ntah la ,spotting ke apa .. sikit sangat ..pastu minggu lepas cek upt samar sangat2 .. then selang esoknya negatif pulak .. ada cyst jugak la 2.5cm ..apa puncanya ya .. ada pengalamn ke ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry, sy takde pengalaman tntg ni. Tapi better awk scan je terus mcmana. Lebih baik refer pd yg lbh arif. Harap jwpn sy membantu.

      Delete
    2. Sorry, sy takde pengalaman tntg ni. Tapi better awk scan je terus mcmana. Lebih baik refer pd yg lbh arif. Harap jwpn sy membantu.

      Delete
  10. Hi sy kan da 3 ari lewat haid. Wt test upt pn 2x n disahkan positif .. leh pcy x sbbkan rs cm awal sgt wat test .. tp naluri ckp mmg hamil

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah bole percaya. Tp utk kepastian, better gi jumpe doc je. Sbb ut tu mmg bole detect pregnancy walaupun baru lg. Sbb dia detect hormone yg ade dlm urine kitea

      Delete
    2. InsyaAllah bole percaya. Tp utk kepastian, better gi jumpe doc je. Sbb ut tu mmg bole detect pregnancy walaupun baru lg. Sbb dia detect hormone yg ade dlm urine kitea

      Delete
  11. Saya nak tanya...sis..
    Sya di sahkan mgandung 4hb8. Lepas tu sya gugur 8hb8...sya clear darah 11hb8.
    Tapi sampai skrg belum datang haid lagi.
    Saya selalu dua tga hari lpas sya kdang ada rasa nyeri bwah perut.
    Sya juga slalu rasa mgantuk...
    Ptg smlm sya ada datang coklat...
    Mlm tadi pakai pad besar ingat datang bnyak ke darah...tapi bila bgun pagi pad kosong bersih...
    Ptg ni pula ada tanda coklat lagi...
    Boleh sis bgitahu knapa?

    ReplyDelete
  12. Sis sya nak tanya...
    Sya gugur 8/9/17 ...jadi darah clear dlm 12/9 mcm tu...
    Tapi smpai skrg blum datang haid lagi..
    Tapi dlm smingu ni sya rasa mcm letih slalu rasa mgantuk...kadang dua tga hari ni sya ada nyeri di bwah perut mcm sya bgun pgi tadi...ada rasa cram..bwah perut tapi skjap je...
    Ptg smlm sya ada datang warna cklat tu
    Mlm sya pkai pad besar ingatkan darah bnyak...bila sya mandi pgi tadi pad bersih...ptg ni pula ada coklat lagi...
    Knapa sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy agak tu haid. Kdg2 mmg sedikit mcmtu. Awak tggu lagi tgok ada lagi tak esok2.

      Delete
  13. Assalamualaikum sis..saya baru 3 hari habis fasa ovulasi..sometimes ovari kiri n kanan saya berdenyut..it's normal or not ye? πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ya. Sy kurang arif bab2 ni. Maybe puan boleh refer doctor utk jawapan yg lebih tepat. 😊

      Delete