click! click!

Tuesday, March 12, 2013

RESTORAN SAUJANA, GELANG PATAH, JOHOR.

ASSALAMMUALAIKUM






Lama dah pegi sini..tapi baru harini nak tayang. Sebelum ni ade penah datang gak, tapi masa tu salah timing..restoran tutup. Terpaksalah makan kat tempat lain..padahal dah jauh2 gi sini. Restoran ni memang jauh ke dalam sikit..dekat2 dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Restoran ni tutup setiap hari Jumaat ye..harap maklum.

Perjalanan dari Taman Universiti amik masa dalam 30 minit gak la. Mase kitorang sampai tu tak ramai sangat sebab petang. Tapi biasenya kalau time weekends..malam..ramai kot. Sebab dengar kata restoran ni memang popular di kalangan orang Singapore.

Speciality kat sini mestilah seafood. Walaupun Cik Abang tak leh nak makan seafood..aku paksa gak sebab takkan dia nak makan ikan je kan. Aku siap sediakan ubat lagi..kot2 Cik Abang nye allergy menjadi2 nanti. Teruk betul..Isteri sape lah ni?? Hahahahaha...


Meh tengok ape yang kami berdua makan...

ketam bunga masak cili telur


Ada 2 pilihan ketam kat sini, ketam bangkang or ketam bunga. Oleh kerana aku sorang yang beriya nak makan ketam..baik pilih ketam bunga je. Kalau tak nnt membazir bayar mahal2..tak habis. Ni pun jenuh nak habiskan..order 2 ekor je.. Cik Abang makan sebelah je. Rasa sambal dia sedap..cuma manis sikit. Aku ni bukan penggemar sambal manis2 ni. Kalo pedas, laaajuu je. Lain kali kalo order nak pesan siap2..tak nak manis..baru ngam ngan taste aku.




Tomyam campur


Tomyam dia ok..sedap jugak. Tak terlalu masam n tak manis. Penah gak aku makan tomyam yang manis. Kalo tomyam rasa manis, memang aku reject. Tomyam haruslah rasa nya masam2 sikit je n pedas..kalo manis pun sebab udang je. Bukan manis gula.. Tapi yang ni okey. Lulus kat tekak aku.


brokoli goreng sos tiram
 Memang puas hati ngan sayur ni. Dia goreng ngan Kobis bunga sikit campur ngan lada benggala n sotong.. Sedap!


Udang goreng Nestum


Udang goreng nestum ni rasa dia same je kat mana2 aku makan. Yang membezakan kat sini ngan tempat lain..kat sini fresh gila udangnya. Memang sedap. Udangnya pun banyak.


ikan siakap masak 3 rasa

Aku ni.. bab ikan masak 3 rasa ni memang cerewet sikit. Sebenarnya  kalau bab makan memang cerewet pun.. hehe.. Bukan nak up mak sendiri tapi memang mama punya ikan 3 rasa memang terbaik!! Makanan lain, ade je yang orang lain masak lagi sedap dari mama masak.. Cuma, bagi aku, ikan masak 3 rasa ni mesti ada rasa pedas, masam n manis sikit. Tapi yang ni hanya masam terlampau n manis. Rasa masamnya terlalu kuat..maybe terlebih sos tomato kot. Nenas tu dah masam..ditambah ngan sos yang masam..oh no! Ikan ni memang failed pada tekak aku n Cik Abang. Biasenya Cik Abang tak cerewet makan sangat. Tapi ikan ni..memang dia reject. Sorry to chef yang masak ni.

Overall, makan kat sini kena pandai pilih menu. Servis memang cepat. Dalam 15 minit makanan kitorang dah sampai. Lagipun tak ramai masa tu. Ada dalam 5 table je customer mase tu. Seafoodnya pun fresh2 belaka.. Aku memang nak datang sini lagi. Nak bawak mama sebab mama ni memang pengkritik makanan..hahaha. Taklah, sebab nak try menu2 lain pulak.

Total damage tuk haritu:


harga yang berpatutan..mampu milik.. saye suka..saya suka... ;)

2 comments: